Untuk menulis suatu sejarah, seseorang harus melebihi manusia – kerana ia yang memegang pena untuk menulisnya harus bebas dari segala kepentingan dan kesombongan.
Itu adalah kata-kata Napoleon Bonaparte (1769-1821). Dan sejarah nyatanya ditulis oleh manusia. Ia wajib tunduk pada kekuasaan yang sedang ada atau karyanya tidak akan dimaktubkan menjadi sejarah.
Rama dan bangsa Kera adalah protagonis dalam Epik Ramayana, barangkali kerana mereka adalah pemenang. Bangsa yang kalah iaitu bangsa berkulit hitam di seberang lautan, adalah Denawa yang busuk luar dalam. Alhasilnya, putih adalah baik, dan hitam adalah jahat disebabkan si kulit putih menang keatas si kulit hitam. Barangkali bangsa Alengka sesungguhnya bukan raksasa, sekadar orang Ceylon atau mungkin orang Dravida yang punya postur tubuh lebih hitam, lebih berbulu, dan mungkin lebih besar dari bangsa Arya atau Indo-Eropa yang menciptakan berbagai kisah untuk melegitimasi kekuasaannya.
Saya rasa sejarah negara Malaysia pun sama. Banyak perkara yang telah digelapkan dari mata semua dalam beberapa perkara, termasuk sejarah perjuangan kemerdekaan yang tidak ditulis dari mereka yg berjuang dan kalah. Yang kita diajarakan hanyala cerita dari mereka yang menang dan mereka yang kalah ini hanyala sebagai pelengkap kepada cerita mereka yang menang. Contohnya seperti disini.
Ya.. sejak sejarah ditulis oleh manusia, memang sejarah ditulis oleh, dan untuk, mereka yang menang. Dan awal pagi ini sejarah ditulis dalam bola sepak Sepanyol oleh Barcelona kerana muncul sebagai pasukan pertama dalam La Liga yang memenagi tiga piala dalam satu musim (Copa Del Rey, La Liga dan UEFA Champion League). Dan Manchester United yang berimpian untuk mencipta sejarah sebagai pasukan pertama memenangi empat kejuaran dalam satu musim terpaksa akur sebagai sekadar pelengkap cerita kepada sejarah yang dicipta oleh Barcelona.
"Sejarah dunia adalah sejarah pemerasan. Apakah tanpa pemerasan sejarah tidak ada? Apakah tanpa kesedihan, tanpa pengkhianatan, sejarah tidak akan lahir?” Pertanyaan Soe Hok Gie (1942-1969) dalam bukunya “Catatan Seorang Demonstran”. Sejarah yang dilahirkan Barcelona pada awal pagi ini adalah atas pemerasan Pep Guardiola keatas bakat-bakat yang dimiliki oleh pemainnya dan diiringi dengan rasa kesedihan daripada penyokong-penyokong Manchester United dan juga sedikit saki-baki rasa penghianatan oleh Tom Henning Ovrebo yang dirasakan oleh penyokong Chelsea hahahaha...Sejarah untuk Barcelona saya tulis di sini kerana mereka menang. Tidak ada sejarah memenangi empat kejuaran ditulis untuk Manchester United kerana mereka telah kalah. Dan kalau mereka menang pun saya tidak akan menulisnya kerana kepentingan peribadi ahahaha...



