Sejak kebelakangan ini, tanpa sedar aku telah kembali menjalin hubungan dengan teman lama.
Teman lama yang telah aku tinggalkan sejak di tingkatan tiga.
Perpisahan waktu itu berlaku atas nasihat dari banyak pihak bahawa perhubungan kami akan menjejaskan bukan saja untuk diri ku bahkan juga untuk oranag-orang di sekelilingku (bahkan mereka menerima kesan yang lebih besar berbanding aku).
Aku juga tau akan hal ini..
Meskipun bukan mudah untuk berpisah setelah lama bersama (terjalin sejak tingkatan satu) tapi aku cekalkan hati kerana aku masih sayang diriku dan juga kasihankan mereka2 yang selalu bersama aku.
Ya perpisahan itu memang menyiksakan tapi aku harus melupakannya.
Melupakan pengorbanannya yang sanggup "membakar" dirinya untuk kebahagianku.
Biarpun adakalanya rasa cemburu membakar hati ku saat melihatnya bersama orang lain.
Bahkan adakalanya aku ingin saja merujuk semula dengannya tapi kesedaran untuk tidak mementingkan diri sendiri ketika masih aku miliki.
Ketika itu aku sedar mereka yang ada di sekeliling ku yang telah banyak berkorban untuk aku mesti diutamakan.
Kini kami kerap kembali berjumpa biarpun tidakla sekerap dahulu tapi aku yakin jika keadaan ini berterusan pasti keadaan dulu pasti berulang kembali.
Entah kenapa aku begitu mudah menerimanya.
Bukan aku tidak sayangkan diriku dan oarang-orang di sekelilingku.
Bukan juga aku terlupa dengan pesanan2 yang sering diingatkan oleh mereka yang sayang dengan aku.
Aku masih ingat...dan aku masih boleh berkata TAK NAK
Aku sedar perhubungan yang kembali terjalin ini tidak akan disenangi oleh sestengah dari mereka2 yang selalu bersama-sama aku (meskipun aku pasti ada ayang akan menumpang "tuah" dengan perhubungan ini).
Aku sedar akan ada kawan-kawan yang tidak suka ketika aku bersamanya dan mereka terpaksa menjauhkan diri agar tidak terkesan dengan perhubungan ini.
Aku juga sedar bahawa orang tua ku sudah pasti tidak akan merestui perhubungan ini.
Dan aku cukup sedar ketika aku baru saja menjemputnya dari kedai 7ELEVEN sebentar tadi berarti aku juga harus sedar bahawa hari-hari terakhir ku di UKM selepas ini akan berdepan dengan krisis ekonomi.
Tapi aku tidak sedar sejak bila pula WINSTON '14 yang aku baru jemput dari kedai 7ELEVEN ni tinggal 10 batang isinya padahal aku baru memulakan "ciuman pertama" dengannya sebelum ke bilik air tadi...???
Ah!!! belum apa-apa lagi CINTA INI telah mula MEMBUNUHKU