Tuesday, April 14, 2009

Cinta Ini Membunuhku...

Sejak kebelakangan ini, tanpa sedar aku telah kembali menjalin hubungan dengan teman lama.
Teman lama yang telah aku tinggalkan sejak di tingkatan tiga.
Perpisahan waktu itu berlaku atas nasihat dari banyak pihak bahawa perhubungan kami akan menjejaskan bukan saja untuk diri ku bahkan juga untuk oranag-orang di sekelilingku (bahkan mereka menerima kesan yang lebih besar berbanding aku).
Aku juga tau akan hal ini..

Meskipun bukan mudah untuk berpisah setelah lama bersama (terjalin sejak tingkatan satu) tapi aku cekalkan hati kerana aku masih sayang diriku dan juga kasihankan mereka2 yang selalu bersama aku.
Ya perpisahan itu memang menyiksakan tapi aku harus melupakannya.
Melupakan pengorbanannya yang sanggup "membakar" dirinya untuk kebahagianku.
Biarpun adakalanya rasa cemburu membakar hati ku saat melihatnya bersama orang lain.
Bahkan adakalanya aku ingin saja merujuk semula dengannya tapi kesedaran untuk tidak mementingkan diri sendiri ketika masih aku miliki.
Ketika itu aku sedar mereka yang ada di sekeliling ku yang telah banyak berkorban untuk aku mesti diutamakan.

Kini kami kerap kembali berjumpa biarpun tidakla sekerap dahulu tapi aku yakin jika keadaan ini berterusan pasti keadaan dulu pasti berulang kembali.
Entah kenapa aku begitu mudah menerimanya.
Bukan aku tidak sayangkan diriku dan oarang-orang di sekelilingku.
Bukan juga aku terlupa dengan pesanan2 yang sering diingatkan oleh mereka yang sayang dengan aku.
Aku masih ingat...dan aku masih boleh berkata TAK NAK

Aku sedar perhubungan yang kembali terjalin ini tidak akan disenangi oleh sestengah dari mereka2 yang selalu bersama-sama aku (meskipun aku pasti ada ayang akan menumpang "tuah" dengan perhubungan ini).
Aku sedar akan ada kawan-kawan yang tidak suka ketika aku bersamanya dan mereka terpaksa menjauhkan diri agar tidak terkesan dengan perhubungan ini.
Aku juga sedar bahawa orang tua ku sudah pasti tidak akan merestui perhubungan ini.

Dan aku cukup sedar ketika aku baru saja menjemputnya dari kedai 7ELEVEN sebentar tadi berarti aku juga harus sedar bahawa hari-hari terakhir ku di UKM selepas ini akan berdepan dengan krisis ekonomi.
Tapi aku tidak sedar sejak bila pula WINSTON '14 yang aku baru jemput dari kedai 7ELEVEN ni tinggal 10 batang isinya padahal aku baru memulakan "ciuman pertama" dengannya sebelum ke bilik air tadi...???
Ah!!! belum apa-apa lagi CINTA INI telah mula MEMBUNUHKU

Thursday, April 9, 2009

Aku Ingin KAYA Bukan KAYAP

Tiba-tiba hati tergerak untuk mendapatkan informasi mengenai penyakit kayap. Terus terang, malam ini merupakan kali pertama aku dengar nama penyakit ini. Itu pun daripada perbualan denagn rakan-rakan sebentar tadi. Dan pada anggapan ku mungkin ini hanyala penyakit di semenanjung saja hehe . Maaf.. mungkin bunyi nya agak bersifat kenegerian tapi itulah hakikatnya kadang sesetengah penyakit hanya di hidapi oleh orang dikawasan tertentu kerana mungkin faktor geografi , fizikal dan cara hidup itu sendiri.

Kayap atau shingles menurut sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis virus Herpes Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan yang rendah spt baru sembuh dari penyakit/pembedahan, kencing manis, golongan berusia, pesakit AIDS dll. Ia akan membentuk gelembung merah pada badan yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut pembahagian saraf yang terasa pijar dan sakit. Apabila ia sembuh selalunya akan meninggalkan parut.

Sebenarnya info ni aku cari setelah aku sendiri disyaki mengalaminya. Penyakit ini menyerang di bahagian pinggang bermula dari tompokan kecil sehinggala melarat menjadi besar. Pada mulanya aku menganggap ia hanyalah alahan biasa-biasa sahaja kerana dalam beberapa hari terakhir ini boleh dikatakan hampir tiap malam aku menghadiri jamuan makan malam yang menghidangkan menu2 yang aku sendiri tidak pasti dibuat daripada apa. Dan kebiasaannya PEMBAZIRAN tidak akan berlaku jika makanan terhidang di depan mata aku hehe. Namun jika mengenang kisah hidup ku, boleh dikatakan aku ini antara mereka yang terlahir cukup istimewa ke dunia ini kerana bebas daripada segala jenis alahan terhadap apa jua makanan. Ini berarti penyakit yang aku alami sekarang kemungkinan besar adalah penyakit kayap??!

Tetapi berdasarkan punca2 kepada penyakit ini, sebelum ini aku tidak pernah sakit atau menjalani pembedahan. Setakat ini aku juga bebas daripada menghidap kencing manis. Aku juga bukan la daripda golongan berusia (atau mungkin ini hadiah lewat yg aku dapat utk hari jadi yang ke-24). Dan yang paling penting keterunaan ku belum diserahkan kepada mana-mana pihak (dalam konteks ini sila abaikan permainan tangan sendiri) jadi kemungkinan menghidap penyakit kayap kerana AIDS itu adalah satu dalam sejuta untuk aku.

Yang paling penting, jika penyakit kayap ini tidak dirawat secepat mungkin dan dibiarkan merebak keliling pinggang, maka pinggang akan PUTUS!!! Dan boleh membawa maut (kalau pinggang suda putus sangat ajaib la kalau masi boleh hidup kan).