Saturday, November 8, 2008

exam dan demam...ada yang lebih dari itu

Setiap kali ingin melakukan sesuatu, pasti kita mengharap keadaan yang terbaik memihak kepada kita. Saya juga berharap perkara seperti itu berlaku untuk saya. Namun apa yang berlaku minggu ini adalah sebaliknya. Bermula dari hari Isnin hingga Rabu saya terpaksa mengambil peperiksaan dalam keadaan demam selsema. Menjawab peperiksaan dalam dewan yang sejuk dan dalam keadaan selsema adalah salah satu punca yang menyukarkan saya menjawab dengan baik selain punca "asas" iaitu tiada persediaan yang seharusnya (ulangkaji).

Sejak beberapa waktu ini, badan saya terlalu mudah jatuh sakit. Salah satu punca mungkin kerana perubahan cuaca disini yang tidak menentu semingu dua ini. Panas terik yang melampau-lampau panasnya dan hujan yang turun secara tiba-tiba tanpa petunjuk (seperti mana cuaca normal sebelumnya). Selain itu mungkin (pasti sebenarnya) rutin harian yang kurang melakukan aktiviti-aktiviti melibatkan pergerakan (kalau ada pun hanya waktu-waktu ujung minggu..tu pun kalau ada gig hehe..).

Namun ada satu lagi sebab kenapa saya boleh demam. Tidak cukup bukti untuk menerima hipotesis ini tetapi sebaik saja saya mendapat tiket penerbangan airasia untuk balik bercuti ke sabah akhir November ini, saya terus rasa semacam ada yang telah terbang dahulu kesana. Mungkin hati ini telah terbang dahulu ke Sabah dan yang tinggal di sini hanyalah jasad kosong tanpa perasaan,,mungkin saja. Tetapi saya terpaksa menunggu hingga seminggu lagi sebelum dapat berangkat pulang ke Sabah untuk meraih hati itu kembali ahahaha....Keningau aku akan datang.

1 comments:

azri said...

wei..!!balik2 la sabah..
tiang menunggumu d sini..!!