Tuesday, February 24, 2009

Kekayaan dan Kemiskinan

Secara umumnya, kita akan semakin kaya jika wang semakin bertambah. Tetapi adakalanya semakin banyak duit yang kita miliki semakin kita merasa tidak cukup. apakah hakikat sebenar kekayaan dan kemiskinan???

Menurut pendapat Dr.Hamka (Tasawwuf Moden, 1997) orang kaya ialah orang yang sedikit keperluannya. Jadi jangka kekayaan dan kemiskinan terletak pada keinginan dan keperluan. Siapa yang paling sedikit keperluannya itulah orang yang paling kaya dan siapa yang amat banyak keperluan itulah oarang yang miskin.

Ini berarti kekayaan dan kemiskinan, pergantungannya ialah diri sendiri. Kalau hendak kaya, cukupkanlah apa yang ada, jangan bernafsu ingin menjadi seperti orang lain. Sebaliknya kalau hendak miskin, maka ingatlah segala yang teringat, kenanglah segala yang belum ada, kehendaki ini dan itu. jadi secara ringkasnya kekayaan hakiki ialah mencukupi apa yang ada...



p/s : ini adalah jawapan tutorial yang tidak diterima oleh lecture sebab aku lambat hantar dan jawapannya terlalu ringkas...daripada terbiar saja baik aku post di sini...mudah-mudahan ada yang kaya lepas baca...amin!!!

5 comments:

Freeviolence said...

kalau mau kaya jgn baca blog si ewan pigi berguru sama si baco di kampung jawa haha

E-oNe said...

BAKTI :
B = Baco
A = Akan
K = Kaya
T = Tanpa
I = Isteri

p/s : BAKTI ni nama syarikat c Baco, dan c Baco ni ada banyak Isteri ahaha

yan yan said...

wakakkka..jgn kmu bgtu bha..
abg ku krja sna bha,,

Mijul Mojas said...

sya mo kaya mcm billgate...
dia teda teda keperluan tp bnyk yg perlu dia...
ddk huyang kaki mandi duit...

kalau saya kaya sya mo beli coklat bnyk...supaya sya gemuk..
kuakuakua

yan yan said...

SAYA PUN MAU BELI COKLAT LA BOY SPYA GEMUK..HAHA